TSUNAMI KINI KEMBALI TERJADI
Mengikut maklumat yang kami terima melalui TOKYO (CNN), gempa bumi berskala 8.9-magnitude telah melanda Jepun dan mengakibatkan TSUNAMI. Kira-kira 10 orang terbunuh dan ramai yang cedera akibat dari musibah ini.
Perdana Menteri Jepun Naoto Kan meminta semua rakyat berhati-hati dan tenang supaya keadaan tidak hura-hara.
Seorang penduduk tempatan di Tokyo, Matt Alt berkata "Ini adalah tsunami yang paling panjang dan teruk dan tidak dijangkakan oleh rakyat Jepun". Beliau juga berkata "Isteri saya paling tenang. Dia berkata pakai sesuatu dibelakang badan untuk elakkan ditimpa apa-apa dan menyuruh membuka pintu dan tingkap untuk mudah keluar sekiranya ditimpa keruntuhan".
No comments:
Post a Comment