Kali terakhir Arsenal memiliki piala ialah ketika menewaskan Manchester United pada perlawanan Piala FA Inggeris pada tahun 2005.
Dengan ketiadaan kapten pasukan Cesc Fabregas dan pemain sayap England Theo Walcott, Arsenal berputih mata dengan kesilapan pada pemain pertahanan tengah Laurent Koscielny yang menyaksikan Obafemi Martins merebut peluang keemasan untuk gol kemenangan pada minit ke-89.
Seawal minit permainan, Birmingham menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-28 oleh Nikola Zigic hasil tandukannya yang mengatasi penjaga gol Arsenal.
Pada minit ke-39, Robin Van Persie membuat jaringan menarik hasil hantaran lintang oleh Andrey Arshavin untuk mengikat kedudukan 1-1.
Ini adalah hari bersejarah buat Birmingham kerana kali terakhir mereka mendakap piala ialah pada tahun 1963 pada kejuaraan Piala Liga.
Perlawanan di Stadium Wembley yang dikendalikan oleh pengadil M Dean menyaksikan 5 kad kuning dilayangkan dan Arsenal mendominasi perlawanan dengan beberapa percubaan. Tetapi penjaga gol Birmingham M. Foster cemerlang menggagalkannya.
Untuk PHOTO & VIDEO sila klik http://myballmaxbud.blogspot.com/2011/02/kejutan-carling-cup-final-2011.html
No comments:
Post a Comment