Ads 468x60px

PAGEVIEWS MAXBUD

MAXBUD ON9

ANALYTIC

Pages

Sunday, February 27, 2011

ARSENAL TERUS KEMPUNAN PIALA


Kali terakhir Arsenal memiliki piala ialah ketika menewaskan Manchester United pada perlawanan Piala FA Inggeris pada tahun 2005.



Dengan ketiadaan kapten pasukan Cesc Fabregas dan pemain sayap England Theo Walcott, Arsenal berputih mata dengan kesilapan pada pemain pertahanan tengah Laurent Koscielny yang menyaksikan Obafemi Martins merebut peluang keemasan untuk gol kemenangan pada minit ke-89.


Seawal minit permainan, Birmingham menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-28 oleh Nikola Zigic hasil tandukannya yang mengatasi penjaga gol Arsenal.


Pada minit ke-39, Robin Van Persie membuat jaringan menarik hasil hantaran lintang oleh Andrey Arshavin untuk mengikat kedudukan 1-1.

Ini adalah hari bersejarah buat Birmingham kerana kali terakhir mereka mendakap piala ialah pada tahun 1963 pada kejuaraan Piala Liga.

Perlawanan di Stadium Wembley yang dikendalikan oleh pengadil M Dean menyaksikan 5 kad kuning dilayangkan dan Arsenal mendominasi perlawanan dengan beberapa percubaan. Tetapi penjaga gol Birmingham M. Foster cemerlang menggagalkannya.

Untuk PHOTO & VIDEO sila klik http://myballmaxbud.blogspot.com/2011/02/kejutan-carling-cup-final-2011.html




SESI TAYANG PERDANA PERCUME



Mengikut kajian video ini saya mencadangkan Joe Hart dari Man City bolehlah masuk acara lumbe lari Olimpic.. cam katun lari... pelik2...

Untuk tayangan perdana sila klik ke link http://pelikdarimaxbud.blogspot.com/2011/02/tayang-perdana-pelik-lucu-dari-maxbud.html

Saturday, February 26, 2011

TERBARU...PELIK DARI MAXBUD


Air yang tenang jangan disangka tiada BADAK... Buaya digelar raja dalam air kini takhtanya telah dirampas oleh geng Badak... Buaya yang pasrah ada di http://pelikdarimaxbud.blogspot.com/2011/02/kisah-buaya-pasrah.html

Wednesday, February 23, 2011

TRIBUTE TO MY FRIEND HADZLI HAHAHAHAH (3)

 

"Jangan lupa luangkan masa anda bersama adik2, yeahhh"


"Nie ala2 satu malaysia jer"


TRIBUTE TO MY FRIEND HADZLI HAHAHAHAH (2)


"woh agak panas baran bapak die nie"


"Super hero, cuak can be the one heh"

TRIBUTE TO MY FRIEND HADZLI HAHAHAHAH (1)


 "Tak sangka lak ader kembar kawan aku nie hehehe...."


"Agak2 nyer kalo hadzli berlakon cam nie la eh hahahaha"

Thursday, February 17, 2011

HONDA MALAYSIA PANGGIL BALIK MODEL CITY & JAZZ


Nak tau?? pihak HONDA MALAYSIA SDN BHD telah memanggil balik 21,956 unit model city 2009 dan 1680 unit model Jazz 2009 dan 2010, kerana masalah "LOST MOTION SPRINGS" dan RETAINERS" bagi kesemua kenderaan terbabit.

Untuk pengatahuan, "lost motion springs" yang dimampatkan oleh "rocker arms" dalam enjin biasa, munkin akan bengkok atau pecah mengakibatkan bunyi enjin menjadi bising dan berpontensi menyebabkan ENJIN TERHENTI !!!!!!!



setakat ini belum ada kemalangan atau kecederaan dilaporkan bersabit isu ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Yoichiro Ueno berkata, syarikat itu sedang menyediakan alat ganti...

Pemeriksaan dan penggantian akan dilakukan apabila alat ganti diperoleh, dan ditanggung oleh syarikat berkenaan.....JADI PEMILIK KRETA JENIS2 INI JGN LUPE UTK CHECK KRETA ANDA.....

SUMBER : BERNAMA & UTUSAN MALAYSIA 2011

Wednesday, February 9, 2011

LED TV DASYATTTT!!!


Dasyatt!!!! terdapat perubahan besar di dalam teknologi televisyen yang akan melanda pasaran 2011!!!!  nak tau?....."TEKNOLOGI WIRELESS (TANPA WAYAR) - LED TV SKRANG SUDAH MENGGUNAKAN TEKNOLOGI WIRELESS...WOW!!! kah..kah..kah, bukan sahaja nipis, ia juga mudah diaturkan dimana mana (susun la)....letak dekat bilik air pun bleh....untuk pengatahuan smua, terdapat dua manufacture mempunyai kualiti yang baik dlm menghasilkan tv nih siapa lagi jika bukan SAMSUNG and LG, tapi from my point of view, samsung adalah yang terbaik.  



PERBEZAAN ANTARA LED TV DENGAN LCD TV

LED TV
1- State of the Art Picture Quality
2- Dapat menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 40% berbanding LCD TV
3- Tiada mengunakan sebarang mercury (mercury free) dan sangat nipis wohoho
4- Cume sedikit mahal la kalo dibandingkan dengan LCD TV...tak banyak dlm 20% to 30% jer
     alah apalah sangat kalo dibandingkan kenikmatan menonton tv setelah penat dan lelah berkerja

LCD TV
1- Good Picture Quality, but Images may "burn" in Display
2- Mengunakan mercury dalam manufacturing process (tak elok chewah)
3- Lebih murahlah berbanding LED...

Sila layari link ini jika ingin melihat official video mengenai SAMSUNG LED TV...DIPERSILAKAN
 http://www.youtube.com/watch?v=VYs1eFgJnX0

RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENGALAMI MASALAH MENTAL..???


Pagi ni mcm biasa S dgn cik amy (ibuku yg tersayang) pg sarapan kat kedai mamak fav kami ALI CORNER...teh tarik die mmg kawww tambah plak dgn mee goreng mamak yg masih berasap...fuhhh!!! terangkat....sambil2 sarapan tu pg la beli paper.nak jgk tau ape perkembangan negara kte skang ni tp ble tgk tjuk dpn je da wat S terkejut...ade plak la mak pg campak anak die dr ting 6 pastu die sndr bunuh diri terjun dr tkt 10 atas sbb alasan yg tak masuk akal...

Kesian kat anak die yg tatau pape tu...dua2 mengalami kecederaan truk...yg anak die bleh katekan kepalanye pecah...eiiii ngeri btol...tp mengikut cik amy plak mlm smlm die tgk kat dlm brite si ibu tu mmg da lame mengalami mslh kemurungan...mgkn disebabkan mslh tula die membuat tindakan tanpa berpikir pjg...




Tak abes dgn cite tu ade lg 1 kes bunuh diri lg...kali ni bdk skola form5..yg ni tatau ape kes tetibe berlari keluar dr kelas naik ting 2 terjun...cian mak ayah die pnat2 bela dr kecik last2 mati sesia je...SPM pn tak amik lg...

mgkn die kne buli ke ape ke tatau la, tp dgn 2 brite ni je mgkn kte blh wat kesimpulan yg skang ni ramai yg ade mslh mental tp kte sndr yg tak prasan atau kte yg tanak mengaku...mgkn ade eloknye budaya barat yg pg jump pakar kaunseling utk membincangkan mslh kte...

Drpd kte pendam smpi da taleh tahan tu yg mcm2 jd...cik amy pn sokong pendapat S...dgn smgt cik amy ckp "zaman korg ni lg rmai yg sakit mental "cik amy sempat bg tips kat S cane nak elakkan dr mslh ni..katenye"jgn lupe smyg...ingat kat tuhan...kuatkan iman tu insyAllah benda2 tak elok ni tak dtg kat kte"


S yg taleh nak mengelak lg anggukkan je (yer mak...hehehe) byk lg sbnrnye yg cik amy pesan tp last2 ayat die " eh cpt la abeskan makan tu sek bce sok kabar ble nak abesnye...byk lg temp kte nak pg ni " hahaha....itulah cik amy kesayangan S...harap2 lps ni sape2 yg ade mslh cpt2 la selesaikan...jgn pendam2 smpi NAIK GLE....!!!



Tuesday, February 8, 2011

IKAN DAPAT HINDARI KANSER PAYUDARA SERTA BAIK UTK OTAK


Tidak semua diantara kita tahu mengenai khasiat ikan kepada tubuh badan manusia,  melalui pernyelidikan saintifik yang telah dijalankan, asid lemak OMEGA 3 yang terdapat pada beberapa jenis ikan  telah terbukti dapat menghindari serta mengurangkan pertumbuhan kanser payudara. Ia juga merupakan makanan yang terbaik bagi kesihatan otak, maka makan lah ikan banyak2 supaya otak korang sihat kah..kah..kah

Spesis ikan yang mengandungi khasiat OMEGA 3 :
    • *Salmon (Alaska)
    • *Arctic Char
    • *Atlantic Mackerel
    • *Sardines
    • *Sablefish
    • *Anchovies
    • *Albacore Tuna (U.S.& Canada)


MARI MEMANCING BERSAMA BANCHIK


Brother Bancik merupakan KAKI pancing yang sering mengunjungi perairan di Sungai Besar, Sekinchan, Selangor, sudah tentu mengenali Brother bancik, seorang nelayan sepenuh masa di Pasir Panjang Sungai Besar.


Jeti nelayan ...pantai Pasir Panjang menjadi lokasi tetap tempat sampan miliknya dilabuhkan.

Mula membabitkan diri dengan aktiviti laut sejak tahun 70an lagi dan cukup mahir dengan selok-belok pantai Pasir Panjang.

Walaupun hanya menggunakan sampan, pengalaman yang dilalui sebelum ini tidak mempunyai banyak masalah menjejak lubuk-lubuk ikan di sekitar kawasan itu.

Beliau sudah arif dengan olak air dan jenis ikan yang mendiami disetiap lubuk. Di antara lubuk kegemaran ialah Lubuk Pari, Lubuk Karang Tinggi, Tukun Lama dan persisiran beting pasir.

Paling jauh ialah lubuk kapal Pecah jika musim ikan masuk kawasan berkenaan. Jarak antara lubuk yang dikunjungi dengan jeti memakan masa dari 20 minit hingga 1 jam 30 minit bergantung kepada lokasi lubuk.

Jika pemancing berhajat dengan ikan pari, bro banchik akan membawa pemancing ke lokasi itu atau terus ke kawasan beting pasir, lokasi yang lumrah pari akan meronda mencari makan.


                                                  Gambar aksi ngeri spontan dari beliau.

Rekod peribadi beliau ialah pari beting seberat 51 kilogram. Biasanya kawasan karang dan tukun menjadi pilihan bro banchik memandangkan ikan seperti jenahak, kerapu, jemuduk, bawal pinang dan gegerut mudah di perolehi. Beliau juga membekalkan udang hidup sebagai umpan atas permintaan.

Waktu terbaik ialah antara 10 haribulan hingga 15 haribulan �Melayu� dan fasa kedua ialah 25 haribulan hingga 30 haribulan �kalendar hijrah�. Lubuk pancing lebih efektif jika dikunjungi semasa arus laju walaupun ketika air besar.



SUMBER : En. Hadzli Hamdan

Sunday, February 6, 2011

JET LI MALAYA...GO MALAYSIA GO...!!!








Asenye tak terlambat utk S ucapkan CNY tok sume...sempena perayaan tu ptg td S ade tgk 1 pertunjukan kat JUSCO bkt.raja...mgkn ni acara penutup dorg kot...starting je dorg men gendang...begema jgk la jusco tu dibuatnye...pastu trus samb ngan kungfu ala2 jet li...tepegun jap tgk dorg...ingat smpi situ je...

ade plak aksi2 cemas yg dorg wat...mcm jalan atas kaca , atas mentol panas siap bleh patah2kan tebu gne tgn ngan bdn lagi...mest dorg ni klau nak makan tebu tak payah nak gne2 pisau,patahkan trus gne tgn je...cayalah...hahaha...yg plg gerun S tgk dorg leh men cucuk2 pisau kat leher tanpa bedarah sikit pn...

S ase mest kawalan pernafasan dorg ni hebat...bkn mcm S nak pgang pisau siang ikan pn takot...hahaha...(alamak kantoi tak reti siang ikan...sori mak...ni bkan salah ibu mengandung tp salah anak yg malas...)jd ape yg kurangnye org malaysia ni kan...sume hebat2...kepada GADIS2 kat luar sane tak payah la nak cri warga asing sampai lari2 ke LOMBOK sane...org malaysia ni hebat2...nak makan tebu tak payah kerat gne pisau gne tgn pn bleh...huhuhu.... (0_O)
p/s : saya bdk baru blaja klau ade salah sikit2 tu bese la yer... (*_*)

Saturday, February 5, 2011

BBQ Trip to Port Dickson with Aiday Family

Lama rasenye tak pegi bercuti. Saban hari mengadap keje yang xde kesudahan. Tetibe harini terasa nk makan lamb chop... skang senang..xyah peram2...pegi je Pasaraya Giant...beli dan bayar... Bertolak dari rumah kul 2.00. Sampai simpang PD dah jammed. Lastly sampai kul 4.00. Tu pun dah ramai org. Maybe hari Sabtu pastu cuti Tahun Baru Cina. Masing2 amik kesempatan nak beriadah.

Sampai2 tros pacak khemah & start masak. Ayam, sate, hotdog dan paling tak tahan Lamb chop.. terliur abg ipar aku tgk masa masak.. Kene lak tunang masak ikan kari + ulam sambal belacan. Ada lak roti jala... ape pon xbleh...mmg layan...

Part nk hidup api mmg payah skit. Biasa org pakai byk kaedah nk kasi nyalaan berterusan. Biasa org guna getah tayar. Tapi aku xsuke sebab masa bakar bau akan lekat kt makanan. So, cara lain guna bekas telur dan minyak masak.


Part nak masak lak penting bara kene rata.. tak terlalu rapat dgn makanan.. kalo tak kompem hitam legam... setelah dimasak dan ditunggu2, ini lah hasilnya.. Terbayek dari ladang... kene lak sos cili + BBQ sos...waduhhhh... menjilat2 jarinya...

Then acara mandi.. kalo mandi pantai ni kalo xde budak2 sure kurang happening.. Anak2 buah aku + anak buah tunang mmg kaki mandi pantai... xpadan kecik... nk bawak anak sndiri lom smpai masa lg.. terpaksa la import anak sesape yg nak..kah kah kah!!



















Mmg puas picnic kali ni sbb stay smpai malam... ending pitc wira handalan tgh usha line gaya nak bertarung tu... kah kah kah~ anyway..enjoy mmg enjoy tp masa aku tgh post ni Man Utd telah hilang takhta rekod tanpa kalah...kalah lak dengan musang (Wolves)...zzzzzzzzzzzzzzz!!!

Friday, February 4, 2011

NEW !! SESI BERSAMA AUNTY "S", BEZZ BEZZ

SESI BERSAMA AUNTY "S"

Jeng...Jeng..Jeng.... sesi terbaru khas buat anda, sesi bersama Aunty S, another flavour (terbaru) yg ingin diketengahkan, padat dengan gossip2, girl2 thing, tips, solution, and banyak lagi,

Khas dari kami buat tatapan anda semua hahahhaah lawak lak...






maxbud2u@blogspot.com - Your Buddies







GATHERING FAMILY DI SUNGAI LUI - NAIM

Woh, aku ke sungai lui hari nie....dah lame tak balik kampung ayah...hari nie Pak Chu dah invite smua saudara mara buat gathering, walaupun tak smua yg datang tapi boleh dikira ramai jugak la... makanan utama ialah daging kambing masak kari berempah, hahaha daging kambing sedap gak, tapi kalo tak tahan mau berpinau kepala hohoho....sepupu aku telah menjadi mangsa pertama terjelepek setelah memakan haiwan yang terkenal di negara arab nie.... aper yang membanggakan aku bile jalan putar alam bukit putus dah digantikan dgn jalan yg lebih selamat and selesa...so any buddy want to visit ulu bendul,
sila-silakan lah without tol and much easier than before...luper lak nak take picture adessss........gathering nie, merupakan kali pertama anakku Nik Auni Batrisyia berada di suasana kampung (Negeri Sembilan) maklumlah kedua dua atuk dia duduk kat bandar, maner dapat merasai suasana kampung yg begitu tenang dan menarik.... aku tersenyum melihat auni yang begitu kagum melihat ayam berkeliaran,dulu tengok KFC, Kartun2 and gambar jer....biler dapat tengok secara life baru lah seronok kan?..kan?..

Sebelum balik ke rumah, sempat jugak singgah ke rumah Cik Kiah, heheh sambil ziarah leh la ambil buah ciku fresh dari ladang heheh... siap sempat kumpul dalam plastik nak bawak bekal ke rumah YUM...YUM... tapi kena tunggu 2 ke 3 hari sebab blum masak lagi adessss

Wednesday, February 2, 2011

LUIS SUAREZ BIKIN KENNY DALGLISH KETAWA "KAH...KAH...KAH"

Seorang sekuriti guard game malam tadi di Stadium Anfield tiba2 kehairanan terdengar suara ketawa berdekah2 dilorong pemain.

Setelah diteliti bunyi "Kah..kah..kah.." tersebut datang daripada Lagenda Kenny Dalglish yang peroleh kemenangan keatas Stoke City 2-0 malam tadi. Lebih sronok lg pemain yang dibeli baru2 ni lak yang score...


Kah..kah..kah...berbaloi aku beli katenye... Pemilik Liverpool John W Henry juga rase duit tiket kapal terbang beliau pegi jumpe agen Luis Suarez x membazir walau die rase duit tu beli hotdog lagi bagus... Dengan pembelian bernilai £22.7 million dengan menjual pemain kesayangan dorang "Fernando Torres" telah membuatkan penonton bersorak "Welcome Suarez & Babai Torres"... Kita nantikan pula aksi Torres dibawah pimpinan Ancelotti's...

Cari punye cari score suarez kt youtube susah giler nk jumpe...Konon dh jumpe...skali kene kelentong...wwakakak... hampas tol org post ni... pepon wat kitorg ketawa...

http://www.youtube.com/watch?v=nfGNVWPcpF8&feature=related 

KONFLIK DI MESIR SEMAKIN MERUNCING!!!

Dunia sekarang nie tak pernah tenang, baru jer masalah ekonomi dunia boleh lak tunjuk perasaan  Kami team MaxBud mendoakan "semoga smua ini dapat kembali pulih seperti sedia kala....amin....."

GONG XI !!! GONG XI !!! GONG XI FA CAI !!!


We from MaxBud2u wishing you a Happy Chinese New Year...Gong xi!! Gong xi!!...Gong xi  Fa Cai!!! 
Pandu cermat "LIMAU SELAMAT" heheh jangan marah aaaa nanti kena lelong hikhik



BERITA TERKINI DARI MEDIA

Kah...Kah...Kah...

LOGO DEVELOPMENT

Kat sini kami nk terangkan dari mana datangnye nama MAXBUD2U...
MAX = Maximum
BUD = Buddies
2U     = To You

PROJEK "INTRO"

Wazzzup to all my buddies

Mesti korang nak tau the history of our blog nie, well.. it’s started when kami berdua berada di sebuah coffee shop near putrajaya, topic perbualan yg paling hangat adalah tentang “masa” beza diantara dulu dan sekarang, dulu bujang :)  sekarang dah kawen and sorang dah tunang pun, dulu bleh lepak nengok bola sampai pagi skrang no…no..no nanti perang besar you see..... hahahaha....

so kami pun bercadang utk mencari satu aktiviti bersama.. susah jugak la nak memikirkan aktiviti tuh….and kami pun come up with this “blogging”....




Sketch Idea Nama Blog 
Punya la susah nak cari nama yang sesuai utk blog kami nie dari A sampai Z kitaorang cari...... dari nama serius ke nama lawak... dari kuar bunyi ahak..ahak... sampai ke xde bunyi.... punye le lama perah otak... dari hari ke hari...smpai tido pon dok mimpi2 nama blog...

AKHIRNYA... serius + lawak = MAXBUD2U
hahahhahha... macam best je nama ni... padahal xde la best mana... tp dok sebut ari2, sedaplak bunyinye... cube korg sebut lebih dari 3 kali.. maxbud..maxbud...maxbud...eh! cam lain lak bunyik nye...hahhahah...

Like MAXBUD