Ads 468x60px

PAGEVIEWS MAXBUD

MAXBUD ON9

ANALYTIC

Pages

Sunday, January 22, 2012

Virus kencing tikus atau Leptospirosis


Baru-baru ni kes kematian yang disebabkan virus kencing tikus ini atau nama saintifiknya "leptospirosis" menular di akhbar. Berita yang baru-baru ini mengenai perginya seorang artis dikenali ramai Allahyarham Izwan Pilus dan juga pemergian pelawak terkenal tanahair satu ketika dulu iaitu Allahyarham Din Beramboi.



Tetapi bila ditanya apa tu kencing tikus? Ramai juga yang tidak tahu punca & apa itu kencing tikus. Oleh itu, ape kate maxbud bagi skit info pasal penyakit yang mule popular ni.

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
 

• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
 

• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
 

• terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.

Gejala :
 

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
 

2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
 

3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
 

4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
 

5. Radang selaput mata.
 

6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.
 
Komplikasi




Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.



Komplikasi :
• Jangkitan kuman di otak
• Perdarahan yang teruk.

• Kegagalan fungsi hati.

• Kegagalan fungsi buah pinggang



Boleh membawa maut sekiranya kritikal!!
 
Rawatan 



Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.



Pencegahan 



Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

No comments:

Post a Comment

Like MAXBUD