Ads 468x60px

PAGEVIEWS MAXBUD

MAXBUD ON9

ANALYTIC

Pages

Wednesday, March 30, 2011

Kegilaan Kerja Mengatasi Segalanya

Setelah lebih 2 minggu, maxbud terpaksa bercuti dari melihat blog ini... Sume gara-gara kerja yang melimpah secara mendadak bak tsunami di Jepun. Apepun diharap segala yang terjadi disana mendapat pengajaran pada kita betapa agungnye kekuasaanNYA.

Kami mencube untuk post sesuatu tetapi terdapat pelbagai halangan. Antaranya :
Kerja yang sangat padat sehingga terpaksa bekerja menggunakan kaki.
Kadang2 tak perasan dah pukul berapa. Tau2 dah malam.


Makan pon xsempat. Main sebat apa yang ada.

Tidur pun merata-rata. Niat xnak tidur. Tau2 lelap tanpa sedar.

Tapi kini kami dah kembali. Kembali menenangkan masa kembali.
Kadang-kadang kita tak sedar kejap je masa berlalu. Dulu sembang2 kt kedai mamak abes blaja nk buat ape. Nanti kawen camne le gaya hidup kite. 
 
Tup..Tap.. sorang dh ade anak..sorg tunggu masa ditabalkan menjadi suami.. Apepun biar pun masa tiada, yang wajib mesti didahulukan.

To Be Continue...!!!


Friday, March 11, 2011

TSUNAMI MELANDA JEPUN~Malaysia Di letakkan Dalam Langkah Berjaga-jaga



TSUNAMI KINI KEMBALI TERJADI

Mengikut maklumat yang kami terima melalui TOKYO (CNN), gempa bumi berskala 8.9-magnitude telah melanda Jepun dan mengakibatkan TSUNAMI. Kira-kira 10 orang terbunuh dan ramai yang cedera akibat dari musibah ini.

Perdana Menteri Jepun Naoto Kan meminta semua rakyat berhati-hati dan tenang supaya keadaan tidak hura-hara.

Seorang penduduk tempatan di Tokyo, Matt Alt berkata "Ini adalah tsunami yang paling panjang dan teruk dan tidak dijangkakan oleh rakyat Jepun". Beliau juga berkata "Isteri saya paling tenang. Dia berkata pakai sesuatu dibelakang badan untuk elakkan ditimpa apa-apa dan menyuruh membuka pintu dan tingkap untuk mudah keluar sekiranya ditimpa keruntuhan". 

Tsunami yang bergerak dengan kelajuan 700km/h itu juga memberi amaran kepada 53 negara termasuk Malaysia dalam langkah berjaga-jaga. Tsunami dijangka sampai ke Malaysia dan Singapore bermula 6.30 petang ini. 

Harap anda semua tidak berada berdekaran dengan pandai. Kita berdoa semoga Allah jauhi kita dari musibah ini. 

Ya Allah, Ya Allah! Peliharalah kami...Amin.

Thursday, March 10, 2011

KESIAN ADIK SHENYANG


Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang berasal dari Shenyang, China, LI SHENGHAN telah mengidap satu penyakit kanser yang ganjil iaitu acute manocytic leukimia. Penyakit ini telah menyebabkan kulit Adik Shenyang seperti cengkerang.

Adik Shenyang kini perlu menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya tetapi doktor tetap mengatakan peluang untuk Adik Shenyang masih 50/50.
Untuk cerita lanjut nasib malang Adik Shenyang klik http://pelikdarimaxbud.blogspot.com/2011/03/budak-berkulit-terumbu-karang.html

PEMAIN JADI HERO, REF DAPAT NAMA


Gambar ini jika dilihat akan menyebabkan kita berfikir yang bukan-bukan. Hakikatnya ini adalah cerita yang berlaku di HAVANT, Britain dimana seorang pemain bola sepak cuba menjadi hero. Tetapi tidak semena-mena beliau ditimpa musibah.

Kejadian ini berpunca dari seorang penonton yang datang ke stadium telah memasuki padang dan berlari-lari anak seperti "Itik pulang petang" selama 30 saat.

Kisah ini juga menyaksikan sikap pengadil yang kurang berpengetahuan telah menyebabkan pemain menjadi mangsa. Kemungkinan tiada diploma atau ijazah menyebabkan hilang pertimbangan. Untuk cerita lanjut dan tayangan video serta gambar kisah duka ini anda klik http://myballmaxbud.blogspot.com/2011/03/pemain-jd-hero-pengadil-dapat-nama-dpt.html

Friday, March 4, 2011

THE KING RED CARD !!!




Sebuah perlawanan bola sepak di Argentina semalam mencatatkan sejarah hebat dimana perlawanan diantara Claypole menentang Victoriano Arenas telah menghasilkan 36 KAD MERAH dilayangkan serentak pada malam tersebut. Bukan 3 atau 8 kad ye. Maxbud ulangi 36 kad merah.

MaxBud kagum dengan ketegasan pengadil tersebut sehingga beliau popular dan menjadi siulan para wanita. Untuk gamba siulan wanita dan info lanjut, anda boleh klik  http://myballmaxbud.blogspot.com/2011/03/36-kad-merah-hebat-punye-pengadil.html

Like MAXBUD