Ads 468x60px

PAGEVIEWS MAXBUD

MAXBUD ON9

ANALYTIC

Pages

Tuesday, February 8, 2011

MARI MEMANCING BERSAMA BANCHIK


Brother Bancik merupakan KAKI pancing yang sering mengunjungi perairan di Sungai Besar, Sekinchan, Selangor, sudah tentu mengenali Brother bancik, seorang nelayan sepenuh masa di Pasir Panjang Sungai Besar.


Jeti nelayan ...pantai Pasir Panjang menjadi lokasi tetap tempat sampan miliknya dilabuhkan.

Mula membabitkan diri dengan aktiviti laut sejak tahun 70an lagi dan cukup mahir dengan selok-belok pantai Pasir Panjang.

Walaupun hanya menggunakan sampan, pengalaman yang dilalui sebelum ini tidak mempunyai banyak masalah menjejak lubuk-lubuk ikan di sekitar kawasan itu.

Beliau sudah arif dengan olak air dan jenis ikan yang mendiami disetiap lubuk. Di antara lubuk kegemaran ialah Lubuk Pari, Lubuk Karang Tinggi, Tukun Lama dan persisiran beting pasir.

Paling jauh ialah lubuk kapal Pecah jika musim ikan masuk kawasan berkenaan. Jarak antara lubuk yang dikunjungi dengan jeti memakan masa dari 20 minit hingga 1 jam 30 minit bergantung kepada lokasi lubuk.

Jika pemancing berhajat dengan ikan pari, bro banchik akan membawa pemancing ke lokasi itu atau terus ke kawasan beting pasir, lokasi yang lumrah pari akan meronda mencari makan.


                                                  Gambar aksi ngeri spontan dari beliau.

Rekod peribadi beliau ialah pari beting seberat 51 kilogram. Biasanya kawasan karang dan tukun menjadi pilihan bro banchik memandangkan ikan seperti jenahak, kerapu, jemuduk, bawal pinang dan gegerut mudah di perolehi. Beliau juga membekalkan udang hidup sebagai umpan atas permintaan.

Waktu terbaik ialah antara 10 haribulan hingga 15 haribulan �Melayu� dan fasa kedua ialah 25 haribulan hingga 30 haribulan �kalendar hijrah�. Lubuk pancing lebih efektif jika dikunjungi semasa arus laju walaupun ketika air besar.



SUMBER : En. Hadzli Hamdan

3 comments:

komplot 3 org penulis said...

wahaa..baik nye gaye mkn cacing..tahap tertinggi pemancing

My Ball MaxBud said...

legend nih, skali makan 25 ekor....

MEDIA SURF said...

komplot penulis dah kembali...yehaaa~

Post a Comment

Like MAXBUD