Ads 468x60px

PAGEVIEWS MAXBUD

MAXBUD ON9

ANALYTIC

Pages

Sunday, August 21, 2011

KEPALSUAN HADIS MENGENAI KELEBIHAN TERAWIH - MUFTI TERENGGANU




Emmmm ini amat mengejutkan....walaupun rasanya dah ramai yang tau mengenai perkara ini tetapi ia tetap menjadi maklumat yang wajib kita ketahui.....mmg benarlah pesanan dari seorang sahabat, "nak buat aper pun kita perlulah mempunyai ILMU, kerana kejayaan hanya datang darinya". dari kecil kita mengejar ganjaran pahala terawih yang diwar2kan tetapi tidak pernah mengetahui dari mana sumber ilmu (hadis kelebihan terawih) ini diperolehi.....alhamdulillah kerana ianya telah diperjelaskan oleh salah seorang alim ulama terkenal negara (mufti terengganu) melalui laman portal Jakim. sila melayari laman wed dibawah utk keterangan lebih lanjut mengenainya, tujuan sebenar bukanlah utk melemah kan semangat kita utk berterawih tetapi semuanya bagi memastikan kita sentiasa berada di jalan kebenaran, saya akhiri dengan ucapan selamat berpuasa....

http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

Tuesday, August 16, 2011

Antara Rancangan Menarik Bulan Ramadhan

Diari Ramadhan Rafique



Diari Ramadhan Rafique OST


Ni antara cite fav mase berbuka pose. Kisah budak yg dari oversea tinggal dirumah neneknye. Tahun ni dengarnye cerita ini tidak dapat diteruskan dengan alasan kanak-kanak ni sume dah dewasa. Tak menarik katenye. Dan desas desus mengatakan Rafique Raya akan dibuat. Wallahualam...

KETIKA CINTA BERTASBIH SPECIAL RAMADHAN 


Drama yang diadaptasikan dari filem Ketika Cinta Bertasbih dan sambungan dari filem tersebut. Drama ini menjadi impak buat peminat2 novel tersebut dan sesuai ditonton pada bulan puase ini kerana tiada babak2 yang mengurangkan pahala anda...hahahah.. malangnya drama yang dipertontonkan di astro pelangi kini perlu dilanggan untuk tontonan.

ISLAM ITU INDAH


Ceramah dari Ustadz M Nur Maulana ni ada daya penariknya tersendiri. Dengan trademark "Jemaaahhh..Ohh Jemaahhhh!!!" membuat penonton bersama menyahut jeritannye... walaupun dengan rupe yang agak biase tapi gaya penyampaiannye mampu menarik peminat dirumah dan juga ditempat ceramahnya.


Dengan banyaknya drama2 yang menarik dipertontonkan pada bulan Ramadhan, haruslah kita ingat inilah bulan untuk kita merebut banyak pahala. Insyallah. Salam Ramadhan semua...

Sunday, August 14, 2011

NIYYAT PUASE DARI UPIN DAN IPIN UTK ANDA...JGN TAK NIAT TAU!

 

Sekarang nie, kalo nak belajar guna internet smuanya senang....dulu punyer la cari balik buku lamer nak cari niyyat puase hahahaha (kecik2 la skrang dah hafal)....tapi yang nie cara kiut untuk kita smua
belajar membace niat puaser serta berbuka....sesuai and fun.....haaa aper lagi dah takder alasan tak niat puaser pulak...assalammualaikum.....

Ramadhan Bulan Rebut Pahala

Lima Keistimewaan Umat Nabi Muhammad di Bulan Ramadhan

Sahabat yang dikasihi Allah,
Allah s.w.t yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah memberikan lima keistimewaan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w dan tidak pernah diberikan-Nya kepada umat-umat sebelum baginda dibulan Ramadhan.














Keistimewaan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : 

Pada malam pertama Ramadhan Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa mereka dan tidak menyiksa mereka selama-lamanya. (kecuali mereka yang syirik dan melakukan dosa besar. Perlu bertaubat dahulu)

Kedua : 
Mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi di sisi Allah s.w.t.

Ketiga : 
Seluruh malaikat memohon ampun siang dan malam kepada Allah s.w.t.untuk orang yang berpuasa.

Keempat : 

Allah s.w.t memerentahkan Syurga bersiap sedia untuk menyambut tetamu-Nya yang berpuasa.

Kelima : 
Allah s.w.t menunggu-nunggu untuk memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang berpuasa.



Kelebihan orang yang memberi makan dan minuman kepada orang yang berpuasa :

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :

“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.”

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).



Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.


Menghidupkan malam Ramadhan :

Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa menghidupan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan mendapatkan redha Allah s.w.t semata, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau”.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. senang menghidupkan bulan Ramadhan dengan melaksanakan qiyamullail dengan tidak memaksakannya kepada para sahabat untuk melaksanakannya dan bersabda:” Barangsiapa yang melaksanakan qiyamullail pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau."

Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah mewajibkan atasmu puasa Ramadhan dan disunatkan melakukan qiyamullail pada bulan suci ini, barang siapa berpuasa dan melaksanakan qiyamullail dengan penuh keimanan dan harapan maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau”.

Like MAXBUD