Ads 468x60px

PAGEVIEWS MAXBUD

MAXBUD ON9

ANALYTIC

Pages

Tuesday, August 16, 2011

Antara Rancangan Menarik Bulan Ramadhan

Diari Ramadhan Rafique



Diari Ramadhan Rafique OST


Ni antara cite fav mase berbuka pose. Kisah budak yg dari oversea tinggal dirumah neneknye. Tahun ni dengarnye cerita ini tidak dapat diteruskan dengan alasan kanak-kanak ni sume dah dewasa. Tak menarik katenye. Dan desas desus mengatakan Rafique Raya akan dibuat. Wallahualam...

KETIKA CINTA BERTASBIH SPECIAL RAMADHAN 


Drama yang diadaptasikan dari filem Ketika Cinta Bertasbih dan sambungan dari filem tersebut. Drama ini menjadi impak buat peminat2 novel tersebut dan sesuai ditonton pada bulan puase ini kerana tiada babak2 yang mengurangkan pahala anda...hahahah.. malangnya drama yang dipertontonkan di astro pelangi kini perlu dilanggan untuk tontonan.

ISLAM ITU INDAH


Ceramah dari Ustadz M Nur Maulana ni ada daya penariknya tersendiri. Dengan trademark "Jemaaahhh..Ohh Jemaahhhh!!!" membuat penonton bersama menyahut jeritannye... walaupun dengan rupe yang agak biase tapi gaya penyampaiannye mampu menarik peminat dirumah dan juga ditempat ceramahnya.


Dengan banyaknya drama2 yang menarik dipertontonkan pada bulan Ramadhan, haruslah kita ingat inilah bulan untuk kita merebut banyak pahala. Insyallah. Salam Ramadhan semua...

Sunday, August 14, 2011

NIYYAT PUASE DARI UPIN DAN IPIN UTK ANDA...JGN TAK NIAT TAU!

 

Sekarang nie, kalo nak belajar guna internet smuanya senang....dulu punyer la cari balik buku lamer nak cari niyyat puase hahahaha (kecik2 la skrang dah hafal)....tapi yang nie cara kiut untuk kita smua
belajar membace niat puaser serta berbuka....sesuai and fun.....haaa aper lagi dah takder alasan tak niat puaser pulak...assalammualaikum.....

Ramadhan Bulan Rebut Pahala

Lima Keistimewaan Umat Nabi Muhammad di Bulan Ramadhan

Sahabat yang dikasihi Allah,
Allah s.w.t yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah memberikan lima keistimewaan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w dan tidak pernah diberikan-Nya kepada umat-umat sebelum baginda dibulan Ramadhan.














Keistimewaan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : 

Pada malam pertama Ramadhan Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa mereka dan tidak menyiksa mereka selama-lamanya. (kecuali mereka yang syirik dan melakukan dosa besar. Perlu bertaubat dahulu)

Kedua : 
Mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi di sisi Allah s.w.t.

Ketiga : 
Seluruh malaikat memohon ampun siang dan malam kepada Allah s.w.t.untuk orang yang berpuasa.

Keempat : 

Allah s.w.t memerentahkan Syurga bersiap sedia untuk menyambut tetamu-Nya yang berpuasa.

Kelima : 
Allah s.w.t menunggu-nunggu untuk memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang berpuasa.



Kelebihan orang yang memberi makan dan minuman kepada orang yang berpuasa :

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :

“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.”

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).



Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.


Menghidupkan malam Ramadhan :

Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa menghidupan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan mendapatkan redha Allah s.w.t semata, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau”.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. senang menghidupkan bulan Ramadhan dengan melaksanakan qiyamullail dengan tidak memaksakannya kepada para sahabat untuk melaksanakannya dan bersabda:” Barangsiapa yang melaksanakan qiyamullail pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau."

Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah mewajibkan atasmu puasa Ramadhan dan disunatkan melakukan qiyamullail pada bulan suci ini, barang siapa berpuasa dan melaksanakan qiyamullail dengan penuh keimanan dan harapan maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau”.

Saturday, June 11, 2011

ADAKAH KOMPANG DAN SELAWAT DIBENARKAN DLM ACARA PERKAHWINAN? DR ASRI MENJAWAB

 
 Dr.Asri

DOA YG SESUAI BAGI PASANGAN PENGANTIN BARU

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
 

“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
 

- Ar-Rum : Ayat 21 

Tuesday, May 17, 2011

AIDAY MAXBUDDY WEDDING ALERT!!!

Mule2 berkenalan malu2.....

Pastu ajak kuar dating...

Gurau2..main kejar2... usik mengusik..

Hati pun terpaut....

Aku pun gentle melamarnye...
Kini masanya dah tiba....
Dengan penuh rase hormatnya

RUHAIDIR & ROHAFIZA

Menjemput anda hadir ke majlis perkahwinan kami
di Lot 1687, Jalan Hj. Teguh, Kg. Giching, 43900 Sepang, Selangor.

12hb Jun 2011 bersamaan 10 Rejab 1432 H


Pelan ke Rumah Encik Aiday

Pelan ke Rumah Cik Fyza


Saturday, April 2, 2011

BOLA PUN LAWAK JUGAK HAHAHAHAH


lawak2 hahahaha macam2 org yang main bola nie, mengalahkan kan maharaja lawak plak, maxbud ingin berkongsi video2 lawak yang dicompile oleh rakan kami di THE TEAM - Maxbud, saksikan lah.... SIAPA KATA PEMAIN BOLA TAK BLEH JADI RAJA LAWAK....klik kat sini :- http://myballmaxbud.blogspot.com/2011/04/siapa-kata-pemain-bola-tak-bleh-jadi.html

Like MAXBUD